1. PERMOHONAN UPUONLINE KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2025/2026
Bagi calon kategori lepasan SPM 2024 dan kategori lepasan SPM 2023 & 2022 permohonan adalah melalui UPUONLINE
Permohonan UPUONLINE Fasa 1 boleh dibuat mulai 10 Februari 2025 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 14 Mac 2025 jam 5.00 petang.
Permohonan UPUONLINE Fasa 2 boleh dibuat mulai 14 April 2025 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 18 Mei 2025 jam 5.00 petang.
Permohonan program pengajian bertemuduga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada Fasa 2. Hanya program pengajian yang tidak bertemuduga dan/atau ujian dibuka untuk permohonan fasa ini.
Pembelian Nombor Pin UPUONLINE boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.
2. PERMOHONAN BAHARU KE PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK DAN DIPLOMA/SIJIL KOLEJ KOMUNITI SESI I : 2025/2026
Permohonan Bagi calon kategori lepasan SPM 2021 dan ke bawah dan lepasan sijil/setaraf, permohonan adalah melalui eBorang MyPOLYCC dan boleh dibuat mulai 18 Mac 2025 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 18 April 2025 jam 5.00 petang.