Ahad- Khamis: 8:00 - 17:00 / Closed on Weekends
 
1. PERMOHONAN UPUONLINE KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2025/2026 
  • Bagi calon kategori lepasan SPM 2024 dan kategori lepasan SPM 2023 & 2022 permohonan adalah melalui UPUONLINE
  • Permohonan UPUONLINE Fasa 1 boleh dibuat mulai 10 Februari 2025 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 14 Mac 2025 jam 5.00 petang.
  • Permohonan UPUONLINE Fasa 2 boleh dibuat mulai 14 April 2025 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 18 Mei 2025 jam 5.00 petang.
  • Permohonan program pengajian bertemuduga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada Fasa 2. Hanya program pengajian yang tidak bertemuduga dan/atau ujian dibuka untuk permohonan fasa ini.
  • Pembelian Nombor Pin UPUONLINE boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.
2. PERMOHONAN BAHARU KE PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK DAN DIPLOMA/SIJIL KOLEJ KOMUNITI SESI I : 2025/2026 
  • Permohonan Bagi calon kategori lepasan SPM 2021 dan ke bawah dan lepasan sijil/setaraf, permohonan adalah melalui eBorang MyPOLYCC dan boleh dibuat mulai 18 Mac 2025 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 18 April 2025 jam 5.00 petang.
  • Permohonan boleh dbuat melalui portal ambilan di https://ambilan.mypolycc.edu.my

 

Sijil Teknologi Maklumat

Sijil Teknologi Maklumat
Sinopsis Program
Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar.

Prospek Kerjaya Bidang ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti: 1. Pembantu Tadbir 2. Juruteknik Komputer 3. Pembangun Laman Web 4. Usahawan Teknologi Maklumat
  • Hits: 628

GALERI GAMBAR